Halaman


Rabu, 27 Julai 2011

Larian 1 Murid 1 Sukan




Pada 2 Julai 2011, warga sekolah SKSJ telah sama-sama menyertai Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. program ini bermula seawal jam 6.45 pagi dengan pendaftaran para peserta. Larian bagi SK Sungai Jerneh ini telah mendapat sambutan yang memberangsangkan bukan sahaja daripada para murid dan guru tetapu juga daripada ahli-ahli jawatankuasa PIBG, para ibu bapa dan juga penduduk Kampung Sungai Jerneh. Larian ini juga disertai oleh wakil daripada PPD Tampin, En. Ramanujam a/l Arumugam. Para peserta berpeluang menikmati keindahan kampung apabila berlari kerana lalaun yang dilaui adalah kawasan persekitaran Kampung Sungai Jerneh.



Para ibu bapa mendaftarkan diri untuk larian.



Sesi taklimat daripada En. Samad



Wakil daripada PPD Tampin, En. Ramanujam membawa bersama anak lelakinya untuk menyertai larian



Para ibu bersiap sedia melakukan senaman memanaskan badan sebelum larian bermula



Sesi memanaskan badan yang diketuai oleh En. Khalid



Para guru yang menyertai larian melekatkan nombor giliran pada baju masing-masing



Murid-murid melakukan senaman



Para bapa dan penduduk kampung mendaftarkan diri



Puan Lizawati menyusun murid sebelum larian



Selesai disusun



Mendengar kata-kata semangat daripada En. Ramanujam



Larian bermula!!!



Antara pelari terpantas Tahap 1 SKSJ



Berlari penuh semangat!



Para ibu bersama Yang Di-Pertua PIBG Sekolah, En. Abu Bakar memulakan larian



Atlet-atlet Tahun 6 sekolah berlari sambil memakai baju sukan yang melambangkan warna Jalur Gemilang



Ada juga yang kepenatan di separuh larian~



Mendapat kejutan ketika larian apabila sekumpulan kambing turut sama berlari!



Lembu-lembu juga tidak ketinggalan menyertai larian



Berhenti seketika~



Puan Noor Hidayah menjumpai sebiji durian ketika berlari



Murid dan guru berlari seiringan~



Guru Besar, En, Adnan dan Wakil PPD Tampin, En. Ramanujam berjalan bersama



Seorang murid Tahun 3 bersama ibunya yang turut menyertai larian



Antara guru-guru yang pantas sampai ke garisan penamat



En. Md Radzi, Naib YDP PIBG sampai ke garisan penamat



Merawat murid yang tercedera



Murid-murid Tahun 6 berkata ini adalah antara memori terakhir mereka di SKSJ



Bergambar bersama Ustazah Norainun dan Cik Khairiyyah

 
Sesi senamrobik dan poco-poco bagi murid perempuan dan kaum ibu yang diketuai oleh Cik Khairiyyah



Mari besenam bersama-sama!



Poco-poco~



Murid-murid yang telah mendapat langkah tarian poco-poco



Murid-murid lelaki yang kepenatan selepas bermain bola sepak bersama guru lelaki dan para bapa



Ada juga yang bermain permainan tradisional seperti batu seremban



Acara ini berakhir pada jam 11 pagi. Semua yang terlibat kemudiannya bersama-sama menikmati jamuan yang disediakan di kantin sekolah. Pihak sekolah ingin mengucapkan jutaan terima kasih atas penglibatan yang baik daripada semua warga sekolah, para ibu bapa, ahli-ahli jawatankuasa PIBG dan penduduk Kampung Sungai Jerneh. Terima kasih juga diucapkan En. Ramanujam a/l Arumugam kerana turut turun padang menyertai larian ini bersama warga SKSJ. Semoga acara seperti ini dapat diadakan lagi kerana ianya telah berjaya mengeratkan hubungan silaturahim antara pihak sekolah, ibu bapa dan juga penduduk kampung.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...