Sambutan Hari Guru peringkat sekolah telah diadakan pada 16 Mei 2011. Sempena sambutan ini pelbagai acara yang disertai oleh para guru serta murid telah diadakan. Sambutan dimulakan seawal jam 8 pagi dan dimulakan dengan acara permainan. Bagi murid dan guru lelaki, pertandingan bola sepak serta sepak takraw telah diadakan manakala guru dan murid perempuan pula terlibat dalam acara bola beracun serta pelbagai permainan kanak-kanak tradisional seperti musang dan ayam.
Murid-murid meluahkan rasa gembira mereka apabila berpeluang berganding bahu serta berlawan dengan pihak guru dalam pelbagai permainan. Guru-guru juga mengambil peluang ini untuk mengimbas kembali zaman kanak-kanak apabila dapat bermain bersama murid-murid tercinta.
Bersedia untuk permainan bola beracun..
Mangsa-mangsa bola beracun..
Pn. Rozita bertungkus-lumus melindungi 'anak-anak'nya dalam permainan musang dan ayam.
Tak sabar nak main bola~~
Siapakah gerangan guru lelaki yang bermain sepak takraw sambil memakai kasut pejabatnya?
Jawapan: Cikgu Khalid!
Kek Hari Guru yang disumbang oleh Ustazah Norainun..
Setelah berehat selepas acara permainan, semua warga sekolah berkumpul di perpustakaan bagi acara pembacaan perutusan, persembahan serta pertukaran hadiah.
Ketua murid, Mohd Khairi bin Md Radzi menyampaikan ucapan mewakili murid-murid SKSJ.
Tak sabar menunggu persembahan...
Persembahan pada sambutan kali ini adalah sangat menyeronokkan kerana selain murid-murid, guru-guru juga mengabil peluang untuk menunjukkan bakat masing-masing. Laporan mengenai persembahan-persembahan ini akan dimuatkan dalam pos bahagian kedua nanti. Semoga sabar menanti!~
Tiada ulasan:
Catat Ulasan